Daging Mutton Rempah Briyani Adabi
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Daging Mutton Rempah Briyani Adabi

rempah beriani Adabi yang ros gunakan, gambar Ehsan dari Adabi.Com.My
Daging Mutton Beriani Rempah Adabi
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
500 gram daging mutton ( ros campur sedikit bahagian daging yang ade tulang)
4 sudu besar rempah Briyani Jenama Adabi
1/4 biji bawang besar ( boleh diganti dengan 5 biji bawang merah)
2 ulas bawang putih
2 inci halia ( sebesar ibu jari)
2 sudu kecill jintan manis
1 sudu besar ketumbar
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 tangkai cili kering
2 cawan santan
1/2 sudu besar rempah Masala ( ni kalau takde tak letak pun takpe)
sedikit garam
sedikit gula

Caranya

1. Potong daging mutton sederhana, bentuk kiub, kemudian kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili kering,jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Ketepikan. Sebelum kisar tu masukkan sedikit air, supaya bahan senang untuk dikisar.

2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, setelah naik bau, masukkan pula bahan kisar tadi dan rempah beriani adabi kacau sebati. Setelah agak garing, masukkan daging dan kacau lagi. Biarkan seketika.

3. Akhir sekali masukkan 2 cawan santan pekat dan 2 cawan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah terbit minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula. Sedia untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

Nota: tulang dan daging mutton ni lagi senang nak empuk dari daging lembu biasa, rasanya pun sedap dan tidak berbau, jika ade lebih boleh difrozenkan lauk ni dan makin sedap bila kita selalu panaskan.

Daging Mutton Rempah
Daging Mutton Rempah
Daging Mutton Rempah
Daging Mutton Rempah
Daging Mutton Rempah
Daging Mutton Rempah
Daging Mutton Rempah
Daging Mutton Rempah