Cinnamon and Chocolate Rolls
Cinnamon and Chocolate Rolls

Cinnamon and Chocolate Rolls

Bahan-bahannya

200gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar skim milk ( susu tepung)
2 sudu besar gula
1/2 biji telur
2 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
100ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread softner ( tak guna pun takpe)

untuk filling
2 sudu besar serbuk cinnamon
3 sudu besar kismis hitam
sedikit krim coklat
sedikit gula castor

Caranya.

1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan kecuali bahan filling dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 3 bahagian, dan terap memanjang doh, letakkan 1 sudu besar serbuk cinamon, ratakan ke seluruh doh, dan tabur dengan sedikit gula dan akhir sekali taburkan juga kismis hitam, ros buat dua doh cinnamon dan satu lagi doh tu ros letakkan krim coklat, khas buat anak-anak.

4. Gulung doh dan potong doh pada tiga atau empat bahagian dan atur di dalam acuan petak, ulang langkah tadi sehingga doh habis. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, gliss permukaan doh dengan 1 sudu kecil susu segar dan beberapa titik madu.

5. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18 atau 20 minit. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan marjerin untuk doh lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Nota: Ros sukakan aroma kulit kayu manis ni, semerbak je bau bila di bakar dalam oven tu, ros tak toppingkan pun dgn cream cheese, biar kosong je, sebabnya tak sempat dah nak topping2, lagipun memang takde stok cream cheese kt rumah ni, takpelah lainkali boleh topping kasi lawa sikit : )

Cinnamon and Chocolate Rolls
Cinnamon and Chocolate Rolls
Cinnamon and Chocolate Rolls
Cinnamon and Chocolate Rolls
Advertisement