Bun Coklat Chip
Bun Coklat Chip

Bun Coklat Chip

Ni projek meroti ros petang semalam ade lebih coklat chip masa buat kukis tu, ros masukkan dalam adunan doh bun coklat ni, anak-anak laju je makan, tak letak telur pun sbb ros guna bread improver, nak buat water roux tak rajin tapi pada sesiapa takde stok bread improver tu boleh guna water roux sebagai alternatif ya, resepi water roux tu leh rujuk kt resepi soft honye bun. : )
250 gram tepung roti
2 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu kecil yis
170ml cecair ( 70ml susu segar 100 ml air suam)
1 1/2 sudu besar marjerin @ butter
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar coklat chip
1 sudu kecil bread improver ( boleh ganti dengan water roux)
1 sudu besar susu tepung

Cara-cara

1. Kalau ade BM tu boleh masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik.

2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 9 bahagian bulat kecil dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit hingga 1 jam dan gilss permukaan bun dengan sedikit susu segar dan beberapa titik madu, kemudian tabur permukaan bun dengan sedikit gula . Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

4. Sejukkan di atas redai, dan simpan di dalam plastic bersih dan di dalam bekas kedap udara bagi mengekalkan kelembutanya. Selamat Mencuba.

Nota: kalau boleh letak banyak sikit coklat chip tu ye, tengok bun coklat ros tu, ntah mane ntah peginya coklat chip tu, tak nampak pun dlm gambar, tapi bila makan terasa pulak, dia nyorok dlm bun tu kot heheehehehe : )

Bun Coklat Chip
Bun Coklat Chip
Bun Coklat Chip
Bun Coklat Chip
Advertisement