Blueberry Finger Bun
Blueberry Finger Bun

Blueberry Finger Bun
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti (tepung high protein)
100gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
150ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder

(Untuk topping, sedikit blueberry filling- boleh dibeli di kedai bahan-bahan kek dan roti )

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan topping dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan jejari (lonjong), susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, masukkan blueberry filing di dalam plastik dan lubangkan di penjuru plastik tadi, jalurkan melintang ke tas bun dengan blueberry filling, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau takde bluberry filling boleh juga ganti dengan kiwi, ataupun strawberry, sesuai sangat dijadikan sarapan atau minum petang, satu adunan ni boleh dapat salam dua loyang saiz 18 cm, dan boleh dimakan seisi keluarga.

Blueberry Finger Bun
Blueberry Finger Bun
Blueberry Finger Bun
Blueberry Finger Bun
Blueberry Finger Bun
Blueberry Finger Bun
Blueberry Finger Bun
Blueberry Finger Bun