Asam Pedas Lengkuas Ikan Kerisi
Asam Pedas Lengkuas Ikan Kerisi

Asam Pedas Lengkuas Ikan Kerisi

Mmalam ni menu dinner kami asam pedas lengkuas ikan kerisi, saje nak tukar halia pada lengkuas, sedap jugak, lagi harum aromanya, resepi ade kat bawah ni ye. : )

Asam Pedas Ikan Kerisi
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahannya

2 ekor ikan kerisi ( nak guna ikan lain pun boleh)

2 sudu besar cili kering ( boleh tambah lagi dua tiga sudu cili kalau nak pedas)

1 batang serai ( dititik atau hanya dibelah dua)

2 inci lengkuas ( diptong nipis)

beberapa helai daun kesum

sedikit belacan

3 biji bawang merah atau ( 1/4 bi ji bawang besar saiz kecil)

1 ulas bawang putih

1/2 cawan air asam jawa

beberapa kacang bendi

1 biji tomato ( separuh di potong 4, separuh lagi dipotong kecil-kecil)

sedikit minyak untuk menumis

garam

Cara-caranya

1. Blender halus belacan, bawang besar dan bawang putih hingga hancur, kalau nak tumbuk guna lesung batu lagi bagus.

2. Panaskan minyak dan tumis serai serta lengkuas hingga naik bau, kemudian baru masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender tadi, tumis hingga betul-betul garing. Selepas itu masukkan setengah biji tomato yang telah dipotong kecil, kacau sebati, kacau selalu dan biarkan tomato hancur.

3. Kemudian masukkan air asam jawa dan 1 cawan air, biarkan mendidih, selepas itu masukkan ikan kerisi dan kacang bendi, setelah kacang bendi empuk, baru masukkan baki tomato tadi yang telah dipotong 4, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: kalau nak lagi sedap belacan tu, bakar sikit, lepas tu baru diblender, kalau nak tambah daun limau purut pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya.

Asam Pedas Lengkuas Ikan Kerisi
Asam Pedas Lengkuas Ikan Kerisi
Asam Pedas Lengkuas Ikan Kerisi
Asam Pedas Lengkuas Ikan Kerisi
Advertisement