Apam Tepung Beras
Apam Tepung Beras

Apam Tepung Beras

Dah lama teringin nak makan apam tepung beras, kebetulan ade stok eno satu paket,  Memang gebu dan lembut lah apam beras resepi Kak Watie Penang ni, rasa dah sebiji dah macam apam jula kat pasar malam tu, cumaa…apam beras yang Ros buat ni tak tersenyum pulak, mungkin api tak kuat sangat kot masa mengukus tu, tapi antara apam yang paling berjaya lah Ros buat setakat ni, sebab rasanya yang sedap dan lembut tu, terima kasih kak Watie share resepi apam yang gebu ni, ros takkan putus asa, ros akan cuba lagi buat apam sampai lah tersenyum lebar, tapi…kena tunggu stok Eno datang dulu hihihi.: )

Bahan-bahanya ( Sumber Resepi dari Kak Watie Penang) terima kasih sekali lagi ye kak, minta izin Ros kongsikan resepi nye di sini ye Kak : ) , Ros tambah kan nombor kat cara-caranya tu. hi hi hi

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).

2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.

3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.

4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

Nota: Ros warnakan apam ni dengan sirap dan serbuk warna hijau, baru berseri bila nak makan dan ros kukus dalam acuan kuih lompang, dapat banyak juga, puas makan, pasti ade siaran ulangan apam tepung beras ni nanti.

Apam Tepung Beras
Apam Tepung Beras
Apam Tepung Beras
Apam Tepung Beras
Apam Tepung Beras
Apam Tepung Beras
v
Apam Tepung Beras
Advertisement