Apam Comel Mitsuya Cider
Apam Comel Mitsuya Cider

Apam Comel Mitsuya Cider

Bahan-bahannya

300gram tepung gandum

2 sudu kecil baking powder

2 biji telur

180ml air mitsuya cider ( boleh ganti dengan air aiskrim soda atau 7up)

120gram gula

beberapa titik esen vanila

beberapa titik pewarna merah (ros guna sirap)

Untuk Variasi pada apam

1/4 biji keledek di potong dadu dan direbus hingga empuk

Cara-caranya

1. Panaskan kukus, ayak tepung gandum bersama baking powder dan pukul telur hingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan air soda tadi, masa ni jangan guna mixer, guna sudu sahaja.

3. ambil sedikit lebih kurang satu senduk, adunan tadi dan warnakan dengan warna merah, selebihnya biarkan warna asal, cedokkan adunan dengan sudu dan isikan sehingga 3/4 acuan dan curahkan 1 sudu kecil adunan berwarna merah dan lorekkan. Kukus selama 8 minit, sedap di makan panas-panas dan sesuai untuk minum petang. Selamat Mencuba.

Variasi yang ros lakukan tadi

– separuh adunan tu ros ambil dan biarkan warna asal, kemudian ros cedokkan dalam acuan dan toppingkan dengan keledek yang telah direbus . Boleh juga diganti dengan kismis atau buahan kering yang lain, anda boleh variasikan adunan ini mengikut kreativiti anda sendiri, nak letakkan perasa yang lain pun boleh. : )

Nota: Apam yang ros buat hari ni tak tersengeh lebar pun, tapi naik elok je, bilalah nak dapat apam yang tersenyum tu, hihihi. Ros kukus apam ni tadi dalam acuan lompang je, dapatlah dalam 18-20 biji, yang topping keledek tu ros letakkan dalam acuan muffin silicon.

Apam Comel Mitsuya Cider
Apam Comel Mitsuya Cider
Apam Comel Mitsuya Cider
Apam Comel Mitsuya Cider
Apam Comel Mitsuya Cider
Apam Comel Mitsuya Cider
Apam Comel Mitsuya Cider
Apam Comel Mitsuya Cider
Advertisement