Air Cendol Susu Soya
Air Cendol Susu Soya

Air Cendol Susu Soya

Teruja tengok cendol Kak As Yamagata, terus teringin nak makan, kejap je rupanya buat cendol ni, tak susah mane pun, ros ikut cara kak As guna pengukus yang ade lubang tu, tenyeh je adunan cendol yang dah pekat , senang keje, cepat pun cepat, terima kasih kak As bagi idea, Kak As copy resepi dari blog Kak Ika Bangkok dan resepi homemade cendol yang asal dari Mariam Myresipi. Terima kasih semua, minta halal resepi cendol ni ya, tengok kawan-kawan lain pun ramai dah buat cendol ni..tu yang makin semangat nak buat semalam tu : )

-ros guna susu kacang soya dan air gula melaka, campurkan semua dalam cawan, tak guna santan, baru sihat, kurang kolestrol.

Bahan-bahan ( 4-5 orang ) sumber resepi asal Mariam Myresipi (link myresipi hari ni tak leh buka, nnt ros attach link tu bila myresipi dah ok ya)

1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan>>kita guna 3 helai daun pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur ( ros x letak sbb takde stok)
sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
2. kacau selalu supaya tidak hangit
3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Nota: kalau guna susu segar pun boleh, ikutlah selera masing-masing, ros minum cendol ni yang tak sejuk, takde ais pun, tak kisahlah, janji dapat rasa, tengok air batu tu teringin je, kena sabar..tak lama lagi habis pantang leh pulun…

cendol
cendol
cendol
cendol
Air Cendol Susu Soya
Air Cendol Susu Soya