Tom Ka Udang
Tom Ka Udang

Tom Ka Udang

Ros buat masakan Thailand pula, sebenarnya kena pakai isi ayam, tapi ros tukar pada udang, hihi, tapi rasa buleh tahan jugak, ros guna pes segera je, sumbangan dari Kakak yang kt Bangkok tu, sape lagi kalau bukan Kak Ika , kalau takde pes tomka segera, boleh juga ikut resepi ni ye. : )

Bahan-bahanya

500gram isi ayam – ( ros tukar dengan udang)

2 inci lengkuas

2 batang serai (dititik)

4 helai daun limau purut ( dicarikkan)

600ml ke 700ml santan

2 sudu besar sos ikan

2 sudu besar jus limau@lemon

7 biji cili padi ( dibelah tengah)

sedikit hirisan carrot dan cendawan

Cara-caranya

1. Di dalam periuk masukkan santan, biarkan mendidih, kemudian masukkan lengkuas, serai dan daun limau purut, biarkan seketika, kacau selalu.

2. Selepas itu masukkan cili padi, sos ikan dan jus limau nipis serta ayam@udang, kacau sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam, masak sehingga kuah agak pekat dan hidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak tambah dengan straw mushromm pun lagi sedap ni, ros cuma guna kinoko je dan tabur sedikit dengan daun ketumbar, memang naiklah aroma tomka ni, lain kali ros nak try guna isi ayam pulak : )

Tom Ka Udang
Tom Ka Udang
Advertisement