Tauhu Goreng Masam Manis
Tauhu Goreng Masam Manis

Tauhu Goreng Masam Manis

Bahan-bahanya

4 keping tauhu goreng ( potong ikut suke)

2 sudu besar cili kisar

3 biji bawang merah ( ros ganti dgn 1\4 biji bawang besar)

1 ulas bawang putih

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tomato

1 sudu kecil gula

1/4 batang timun

1/4 batang carrot

1/2 biji tomato

sedikit hirisan bawang besar

Cara-caranya

1. Tumbuk halus atau blender bawang merah, bawang putih, potong dadu kecil timun, carrot, tomato dan bawang besar.

2. Goreng sebentar tauhu yang telah dipotong tadi, bila agak perang angkat dan ketepikan.

3. Didalam kuali, panaskan minyak dan tumis cili kisar serta bahan yang telah ditumbuk tadi, biarkan naik bau dan agak garing baru masukkan sos cili dan sos tomato.

4. Kemudian masukkan tauhu, gaul sebati, jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali masukkan sayuran, timun, carrot, tomato dan bawang besar, bila sayur agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Ros suke masa tauhu macam ni, boleh jugak buat tambah-tambah lauk yang ade, sedap dan senang di sediakan. Ros gandingkan tauhu goreng masam manis ni dengan ikan makarel masak kicap dan sayur campur. Dah siap masak baru senang hati nak buat keje lain : )

Tauhu Goreng Masam Manis
Tauhu Goreng Masam Manis
Tauhu Goreng Masam Manis
Tauhu Goreng Masam Manis
ikan masak kicap
ikan masak kicap
sayur campur
sayur campur