
Seri Kaya Karamel
Sumber resepi dari Mat Gebu Myresipi, dan mengikut Cik Mat, resepi asal dari Puan Norazlina Nordin, terima kasih pada Cik Mat dan Puan Norzalina kerana berkongsi resepi kaya yang sedap ni, ros buat dapat sampai 3 bekas kaca kecil, baru puas makan. hihi : )
Bahan-bahan ( Menghasilkan kurang lebih 2 cawan )
3 biji telur Gred A ( ros guna 4 biji kuning telur ) telur saiz M
300 ml pati santan (ros letak 400ml santan yg dlm tin tu)
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
-UNTUK KAREMEL:-
60 g gula pasir
125 ml air panas
Cara-cara
1. Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
2. Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selau. Bila guna menjadi perang, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
3. Kacau adunan no 1, dgn wisk dan masukkan karemel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan wisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2 kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.
Nota: ros tak guna putih telur, hanya kuning telur sahaja dan ros tambah 1 sudu besar tepung gandum ( ros bancuh dgn sedikit air) dalam bancuhan kaya ni, biar cepat pekat, hasilnya tak mengecewakan lah, elok je jadinya tekstur kaya ni. : )

