Seafood Doria
Seafood Doria

 

Seafood Doria

Seafood Doria ni, menu dinner kami hari sabtu lepas, ros belajar masak seafood doria ni dari rancangan masakan kt TV tu, tapi bahan-bahanya ros guna ape yang ade kat rumah je, kalau nak ganti dengan isi ayam pon boleh, ikutlah selera masing-masing ya. : )

Bahan-bahanya

2 cawan nasi

1 sudu butter

sedikit garam

6 ekor udang harimau ( dibuang kulit)

6 ketul scallop

sedikit hirisan bawang besar

1 ulas bawang putih

2 sudu besar minyak zaitun

*Untuk sos putih*

4 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar butter

1 1/2 cawan susu segar

garam

lada sulah

sedikit mix cheese dan pamesan cheese. ( klu takde boleh ganti dgn slice cheese biasa tu)

dry pasley ( hari tu ros tak letak, sbb takde stok)

Cara-caranya

1. Ambil 2 cawan nasi yang baru masak, ( kira panas lagi lah ni) selepas itu masukkan 1 sudu besar butter dan gaul sebati, masukkan juga sedikit garam, butter akan cair sebab ada haba dari nasi panas tadi, kemudian isikan nasi ke dalam acuan remekin bentuk bujur atau bulat, ketepikan.

2. Bawang besar dan bawang putih di cincang halus, panaskan 2 sudu besar olive oil dan saute sebentar udang dan scallop hingga permukaan nya agak perang, angkat dan ketepikan, ambil 1 ketul scallop dan 2 ekor udang tadi dan cincang halus. Selepas itu didalam fry pan yang same tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan udang dan abalone yang telah dicincang tadi, kacau sebati, masukkan juga sedikit garam dan lada sulah. tutup api dan ketepikan.

3 Buat sos putih, tepung gandum dijadikan pes dan masukkan dalam periuk yang berisi susu segar, kacau sebati dan masak sehiggan pekat, setelah pekat baru masukkan 2 sudu besar butter dan kacau lagi, akhir sekali masukkan lada sulah dan garam. Jika terlalu pekat boleh juga dimasukkan 1/2 cawan air. Selepas itu masukkan pula bahan yang telah ditumis ( bawang, dan campuran abalone dan udang tadi ). kacau sebati.

4. Ambil remekin yang berisi nasi tadi susun atur baki udang dan scallop, akhir sekali curah sos putih dan tabur dengan keju mix cheese dan pamersan cheese serta daun pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit. Sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.

Nota: Jika nak guna mix seafood frozen tu pon boleh dan untuk menu yang lebih sihat boleh juga masukkan cedawan dan horenso ( bayam jepun -yang telah dicelur) susun je atas nasi sebelum di curah dengan white souce, terpulang pada selera dan kreativiti masing-masingya. : ) , cara masak rasanya same je macam macaroni gratin, cuma lain sikit je, anak-anak pasti menggemarinya, sebab rasa yang creamy dan cheesy : )

Seafood Doria
Seafood Doria
Seafood Doria
Seafood Doria
Seafood Doria
Seafood Doria
Seafood Doria
Seafood Doria