Kuih Buah Rotan
Kuih Buah Rotan

Kuih Buah Rotan

Saje je buat kuih raya ni, sebabnya kakak damia suke sangat makan kuih buah rotan ni atau ros panggil kuih bijan, damia pulak panggil kuih ni kuih ball, buat-buat cemilan sambil tengok tv, sedap jugak, tapi ros buat terbesar sangatlah, lainkali kena buat kecik-kecik baru comel dan tak makan masa bila digoreng tu. Resepi ros amik dekat mesra.net sumbangan dari Fatimah Isa, trima kasih ya atas resepi ni, ros buat suku adunan je, sayang tepung pulut dari mesia….tu..: )

Bahan-Bahan- sumber resepi dari mesra.net oleh Fatimah Isa
500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (x letak)

Cara-caranya

1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.

3. Kemudian ,uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.

Nota: Perlu diingatkan kena goreng dengan minyak sederhana, jangan telalu kuat, supaya bahagian dalam kuih buah rotan ni masak sekata dan rangup apabila di makan dan disarankan buat kecil-kecil, supaya tidak mengambil terlalu banyak masa apabila digoreng nanti.

Kuih Buah Rotan
Kuih Buah Rotan
Kuih Buah Rotan
Kuih Buah Rotan