Kuah Kacang Daging
Kuah Kacang Daging

Kuah Kacang Daging

Kuah Kacang Daging
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

2 paket kacang tanah ( ros beli yang kt supermarket tu, yang boleh dimakan terus)
150gram daging boneless dihiris nipis ( anggaran daging ni buleh agak-agak ye, bergantung pada kuantiti kacang yang kita gunakan, jangan banyak sangat.
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)
2 inci halia
2 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugor
garam dan gula
1 batang serai

( sedikit belacan jika suka)

Cara-caranya

1. Kacang di blender hingga hancur dan ketepikan, kalau nak tumbuk guna lesung batu pun boleh, Jika menggunakan kacang tanah mentah, goreng kacang tanah tanpa minyak hingga masak dan buangkan kulit luarnya itu, ( ketika kacang tanah baru di angkat dan masih panas, ramas kacang bagi membuang kulit luarnya, pastikan gunakan surat khabar ketika meramas kacang yang masih panas itu.)

2. Kisar halus bawang putih, halia dan bawang besar, ketepikan, di dalam periuk, panaskan minyak masak dan tumiskan cili kisar dan bahan yang dikisar tadi, biarkan agak garing baru masukkan kacang tanah, serai dan hirisan daging, masukkan juga 2 cawan air, biarkan kuah mendidih baru masukkan asam keping dan belacan, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula.

3. Masak sehingga kuah agak pekat dan terbit minyak pada permukaan kuah,angkat dan sedia untuk dihidangkan berama nasi impit atau pun dimakan bersama sate ayam. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak tukar daging tu pada sotong kering atau udang kering pun boleh, kuantitinye agak-agak lah ye, dan kepekatan kuah kacang ni bergantung pada selera masing-masing ya, dan kuah kacang selalunye akan menjadi pekat sedikit apabila sejuk, masa nak makan tu, panaskan dan tambah sedikit air.

Kuah Kacang Daging
Kuah Kacang Daging
Kuah Kacang Daging
Kuah Kacang Daging
Kuah Kacang Daging
Kuah Kacang Daging
Kuah Kacang Daging
Kuah Kacang Daging