
Asam Rebus Ikan Bersama Kacang Bendi
Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, takde menu special pun dua tiga hari ni, menu masakan biasa je, mood nak mencipta dan mencuba resepi baru kurang sikit minggu ni, kat tv pun tengah kempen kurangkan minyak dalam masakan, so lauk di bawah ni memang sangat sesuailah, senang nak masak dan baik untuk kesihatan, sedap pun sedap tau, bila makan dengan nasi panas, ikan tu boleh tukar dengan ikan kegemaran anda ye.
Asam Rebus Ikan Bersama Kacang Bendi
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahannya
1/2 ekor ikan selukop@ ikan tenggiri batang dipotong beberapa bahagian
2 sudu besar cili kering ( boleh tambah lagi dua tiga sudu cili kalau nak pedas)
2 inci lengkuas atau halia
beberapa helai daun kesum ( carik-carikkan kasar)
sedikit belacan ( tak nak letak pun takpe)
3 biji bawang merah atau ( 1/4 bi ji bawang besar saiz kecil)
2 biji bawang putih
2 keping asam gelugor
sedikit garam
beberapa biji kacang bendi
( kalau nak tambah pedas boleh juga letak beberapa biji cili padi)
Cara-caranya
1. Blender belacan, bawang besar, lengkuas dan bawang putih hingga hancur, kalau nak tumbuk lumat guna lesung batu lagi bagus.
2. Masukkan 3 cawan air di dalam periuk, kemudian baru masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender atau di tumbuk tadi, biarkan agak mendidih.
3. Kemudian masukkan asam keping, selepas itu masukkan ikan dan daun kesum, masukkan pula kacang bendi, biarkan bendi empuk, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. , tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
tangah sibuk shooting gambar tu, tiba-tiba ade tangan kecik menggangu, nak tau tangan sape, tangan si kecil wazhif lah, ni lah situasi sebenar ros kat rumah, memang agak sukar untuk mengambil gambar makanan dengan tenang, akibatnya macam nilah, ade je model tempelan. wazhif oh wazhif..macam-macam dah kepandaian di sekarang, buat semua orang ketawa : )

