
Apam Pisang Berangan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
5 biji pisang berangan yang sudah ranum dilecek dengan secubit garam
3/4 cawan susu segar@ santan
beberapa titik esen vanila
Cara-caranya
1. Lecek pisang berangan besama secubit garam hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati.
3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan, dan kukus selama 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )
Nota: apam pisang berangan ni boleh juga di makan bersama kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam, ros tak suke makan dengan kelapa, suke makan macam tu je. : )



