Rendang Ayam Lada Kering
Rendang Ayam Lada Kering

Rendang Ayam Lada Kering

Ros selalu buat rendang ayam lada kering ni, satu lauk ni pun dah cukup, makan dengan nasi panas ataupun ketupat memang sedaplah ditambah lagi dengan aroma daun kunyit pasti membangkitkan selera. : )

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam ( potong jgn terlalu kecil)

2 batang serai ( satu diblender dan satu lagi potong dua )

1/2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

8 tangkai lada kering ( nak pedas leh tambah cili padi)

2 inci halia

1 sudu kecil jintan manis dan 1 sudu kecil jintan putih

1 cawan santan pekat

2 sudu besar kerisik

1 batang kulit kayu manis dan 2 kuntum bunga lawang

satu helai daun kunyit ( diracik halus)

Caranya

1. Mula-mula blender cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai, jintan manis dan jintan putih.

2.Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, setelah naik bau baru masukkan kerisik dan bahan kisar tadi, setelah garing masukkan serai yang dibelah dua.

3.Kemudian masukkan ayam dan santan, sesuaikan rasa ( masuk garam), biar mendidih dan kacau sekali sekala, bila kuah pecah minyak dan pekat baru masukkan daun kunyit yang telah dihiris. Siap untuk dihidang, sedap dimakan bersama nasi putih atau pun ketupat. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak gantikan ayam dengan daging pun boleh, tapi masa memasak kena lebihkan lah, biar daging tu empuk, santan pun kena lebihkan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA