Nasi Beriani
Nasi Beriani

Nasi Beriani

Ros buat nasi beriani guna rempah faiza dan guna beras wangi jasmine je, stok beras basmathi takde, nasib baik jadi dan berderai juga nasi tu : ). Pelengkapnye pula ros masak opor daging ( rempahnya beli kat pasar payang) dan acar timun. Resepi nasi beriani ros refer kat bungkusan rempah beriani faiza tu je. : )

Bahan-bahanya

3 cawan beras wangi jasmine ( lagi sedap guna beras basmathi)

1 cawan susu segar+ 1 cawan air ( guna susu cair ideal tu lagi sedap)

1 batang kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

sedikit bawang besar ( di cincang halus)

1 ulas bawang putih ( dicincang halus)

1/2 kiub pati ayam

2 sudu besar rempah beriani faiza

sedikit pewarna kuning

1 helai daun pandan ( disimpul)

sedikit kismis hitam

sedikit kacang gajus

2 sudu besar butter

Cara-caranya

1. Basuh beras Jasmine dan toskan, kemudian panaskan periuk, cairkan butter dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang, apabila naik bau masukkan rempah beriani tadi, kacau sebati.

2. Selepas itu masukkan beras dan kacau lagi, biarkan seketika, akhir sekali curahkan ke dalam periuk nasi dan masukkan susu segar, air, kiub pati ayam, daun pandan, pewarna kuning dan kismis hitam. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Tekan On dan masak nasik seperti biasa. Perlu di ingat sukatan air tu bergantung pada periuk nasi masing-masing ya, pandai-pandai lah adjust. : )

3. Bila dah masak, baru masukkan kacang gajus, sedia untuk dihidangkan bersama lauk pauk yang lain. Selamat Mencuba. ( kalau letak daun puding lagi sedap ni)

Nota: Ros buat opor daging dan acar timun sebagai pelengkap menu nasi beriani ni, resepi opor daging tu same je dengan cara ros masak Daging Masak Rempah, tukarkan rempah kari dan korma dengan rempah opor daging, dan masukkan sebiji kentang, acar timun tu pun ros tak letak nenas, letak timun, carrot dan bawang besar je. : )

rempah opor
rempah opor
rempah beriani
rempah beriani
acar
acar
opor daging
opor daging
nasi beriani
nasi beriani
nasi beriani
nasi beriani
Advertisement