
Bun Kentang Dalam Kon Aiskirm
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
400gram tepung gandum
160gram kentang yang dilenyek
30 gram susu tepung@skim milk
4 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
150ml susu suam@air suam
6gram yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux ( cara buat water roux di sini)
1 sudu kecil baking powder
Bahan-bahanya jaluran kastard
3 sudu besar tepung kastard
150ml susu segar + 2 sudu besar gula
– satukan semua bahan dalam periuk dan kacau hingga pekat, masukkan dalam platik bersih , gunting hujungnye dan akan digunakan untuk piping atas bun kentang nanti.
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 12 atau 14 bebola kecil dan bulat-bulatkan, masukkan doh di dalam kon aiskrim dan biarkan naik dua kali ganda, jika mahu susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar pun boleh, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, akhir sekali jalurkan permukaan bun kentang dengan jaluran kastard dan bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Nota: Jangan risau ya, roti yang dalam kon aiskrim ni elok je masak nye, Kon Aiskrim tu pun makin rangup bila di makan.





