Apam Pisang Coklat
Apam Pisang Coklat

Apam Pisang Coklat

Apam Pisang Coklat – ( adaptasi bahan dari apam pisang kukus Cik Mat Gebu)

-menghasilkan 10 biji apam (acuan apam saiz biasa)

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1/4 cawan gula

2 biji pisang ranum ( dilecek)

1 biji telur

50ml minyak masak

secubit garam

3 sudu besar serbuk koko

Cara-caranya

1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.

2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, serbuk koko, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.

3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: Apam pisang ni akan sentiasa gebu dan lembut je sepanjang hari, tapi perlulah di letakkan di dalam bekas tertutup ataupun bekas yang telah di wrap kemas, bagi mengelakkan permukaan apam kering.

Apam Pisang Coklat
Apam Pisang Coklat
Apam Pisang Coklat
Apam Pisang Coklat
Apam Pisang Coklat
Apam Pisang Coklat
Apam Pisang Coklat
Apam Pisang Coklat
Advertisement