
Spaghetti Asari
Ni menu dinner kami dua hari lepas, ros masak spaghetti asari, asari ni lebih kurang kalau kat Malaysia macam lala atau siput retak seribu tu, isi dalamnya pun same je, selain sedap masukkan dalam spaghetti, sedap juga dimasukkan dalam miso shiru, ros gandingkan menu spaghetti ni dengan crispy potato wedges : ) laju je anak-anak makan.
Bahan-bahanya
2 ikat spaghetti ( rebus ikut arahan pada paket)
1 paket kecil asari ( asari ni klu kt mesia macam lala )
1 tangkai lada kering, di gunting halus
2 ulas bawang putih ( dicincang kasar)
2 sudu besar olive oil
sedikit hirisan daun pasley
( jika tiada asari di rumah, boleh juga gantikan dengan 2 sudu besar tuna flakes yang dalam tin tu, ros pernah buat, sedap juga)
Caranya
1. Rebus spaghetti dan ketepikan ( air rebusan spaghetti ni masukkan 1 sudu besar garam) , dalam fry pan masukkan olive oil dan tumis bawang putih dan hirisan lada kering hingga layu, kemudian masukkan asari dan tutup fry pan dengan penutup dan biarkan asari betul-betul masak, kulit asari akan terbuka.
2. Selepas itu masukkan spaghetti dan hirisan daun pasley, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, kacau sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Apabila hendak di makan, tabur sedikit dengan parmesan cheese dan sos tabasco, baru sedap. Selamat Mencuba.
Nota: Kalau nak tambah dengan kanikama ( kanistick) pun boleh juga, menambahkan lagi rasa dan warna pada spaghetti ni, menu spaghetti ni memang senang nak masak, rasa pun sedap, amat seseuai pada suri rumah yang sentiasa sibuk dan mengejar masa.
