Nasi Lemak Kukus
Nasi Lemak Kukus

Nasi Lemak Kukus

semalam dengan rajin nye ros mengukus nasi lemak, saje nak cuba kukus beras tu, Alhamdulillah menjadi, elok je berderai, ros alas kan loyang dengan daun pisang frozen dan tambah kan sehelai daun pandan yang di simpul, bila dah siap masak, harum semerbak nasi lemak kukus ros, husband dan anak-anak ros pun suke makan, resepi dan bahan biasa je, , cuma kita tukar cara masak dan kukuskan je, ros gandingkan nasi lemak kukus ni dengan sambal ikan makarel, telur rebus dan timun, kacang goreng dan ikan bilis tak letak pun. resepi ade kat bawah ni ye.

Bahan-bahanya

3 cawan beras ( ros guna 2 cawan beras thai, 1 cawan beras jasmine)

2 cawan santan ( ros guna santan dalam tin)

1 sudu kecil halba

2 inci halia

sedikit hirisan bawang besar

1 helai daun pandan

sedikit garam

Cara-caranya

1. Basuh beras thai dan beras jasmine, tapis dan ketepikan, kemudian panaskan pengukus.

2. Hiris nipis bawang besar dan halia, selepas itu alaskan loyang bulat dengan daun pisang, dan masukkan beras, secawan santan, bawang besar, daun pandan, halia dan halba, kacau sebati. Kukus selama 30 minit.

3. Setelah 30 minit di kukus, keluarkan loyang yang berisi nasi tadi, dan masukkan lagi secawan santan, kacau sebati, kukus kembali hingga nasi masak. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: ros kukus nasi lemak ni dalam acuan loyang bulat je dan kalau dalam nasi ni nak tambah hirisan bawang putih pun boleh, ros tak letak sebab tak suke bau bawang putih tu, hehehehee : )

Nasi Lemak Kukus
Nasi Lemak Kukus
Nasi Lemak Kukus
Nasi Lemak Kukus
Nasi Lemak Kukus
Nasi Lemak Kukus
Advertisement