Homemade Pancake Mix
Homemade Pancake Mix

Homemade Pancake Mix

Bahan-Bahannya

100 gram tepung gandum

2 sudu makan gula

2 sudu kecil baking powder

1 biji telur

125ml susu segar

1 sudu makan butter yang telah dicairkan dan disejukkan sebentar ( tadi guna marjerin je)

Caranya-

1. Satukan tepung, baking powder dan gula, kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit, kemudian masukkan telur dan kacau rata, akhir sekali masukkan marjerin yg telah dicairkan tadi.

2.Panaskan kuali non-stick , sapukan sedikit majerin dan curahkan satu senduk adunan tadi, apabila dah naik gelembung sikit baru terbalikkan, bila keperangan angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak pancake naik lagi cantik apabila di goreng, letak 2 sudu besar plain yogurt, lepas tu perap dalam 30 minit baru di masak, Pancake akan cantik naik seperti gambar pancake di atas, Ros kalau buat pancake ni, makan sikit je, yang lebih kakak damia dan adik anas yang makan, diaorang suke letak sos coklat tu banyak-banyak : )

Homemade Pancake Mix
Homemade Pancake Mix