Snow Balls
Snow Balls

Snow Balls

Bahan-bahan ( lebih kurang 40 biji )

resepi ros copy dari Kak Yani Myresipi dan tunjuk ajar resepi dari Kak Hani Yokohama

140g tepung gandum
60g almond powder
100g mentega tanpa garam- pada suhu bilik
2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
sugar powder secukupnya

Cara-cara

1. Masukkan mentega dalam mangkuk, pukul sehingga lembut.

2. Tambah gula dan garam, pukul lagi sampai keputihan.

3. Ayak tepung dan almond powder, masukkan ke dalam mangkuk mentega tadi. Gaul sebati.

4. Ambik secubit, bulatkan sebesar ibu jari. Atur atas plastik wrap, bungkus dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit

5. Panaskan oven sehingga 170C, atur bebola tadi di atas dulang beralas, bakar selama 20-23 minit. Sejukkan.

6. Masukkan bebola tadi dalam beg plastik bersama sugar powder. Kembungkan dan tutup mulut beg. Kocak supaya gula bersalut pada cookies.

Nota: Ros buat snowballs ni guna mentega campur marjerin, sedap juga, tapi kalau guna mentega sepenuhnya lagi rapuh dan wangi ni, suke rasa snowballs ala ala biskut arab tapi lagi sedap, anak-anak suke sangat makan : )

Snow Balls
Snow Balls
Snow Balls
Snow Balls