Roti Naik
Roti Naik

Roti Naik

resepi asal dari blog CMG, terima kasih Cik MAt berkongsi resepi roti yang sedap ni.

BAHAN-BAHANNYA ( Ros buat separuh aduanan sahaja)

400 g tepung roti (200gram tepung roti)
100 g tepung Hong Kong (ros guna 50 gram tepung gandum)
250 ml air (100ml air)
50 g susu tepung (1 sudu besar susu tepung)
3/4 camca teh bread improver
180 g gula perang (brown sugar) ( ros guna 3 sudu besar gula)
100 g mentega ( ros guna 2 sudu besar butter)
11 g yeast segera ( ros guna 1 1/2 sudu kecil yis)
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning

( ros tak guna bread improver, ros gantikan dengan sebiji telur, 3/4 biji masuk dalam adunan, baki dia ros gliss pada permukaan roti sebelum di bakar)
Cara-Caranya

1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk “doh”. Tekan on dan tunggu hingga siap.

2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik. ( baki telur tadi ros campur dengan 1 sudu besar susu then ros gliss pada pemukaan roti dan ros tabur sedikit gula)

3. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

Roti Naik
Roti Naik
Roti Naik
Roti Naik
Advertisement