Nuttella Filling Apple Bun
Nuttella Filling Apple Bun

Nuttella Filling Apple Bun

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, Maaf ya ros lambat taip resepi bun epal inti nuttella ni, kongsi gambarnye dah lama, hihihi, sibuk sikit, ok kat bawah ni ros bagi resepi nye, tangkai untuk bun ni, ros guna coklat stick jenama toppo kt jepun, kalau kt malaysia boleh guna yang pocky ataupun ape jua stick yang kecil tu, asal nampak macam tangkai buah epal, kita kena kreatif bila nak membentuk roti ni, lgpun takyah susah2 bulat2 kan pastu cucuk je ngan stick, tp make sure biskut stick yang boleh makan ya hihi hi di bawah ini resepi nye, Selamat Meroti ya ; )

Nama roti epal, tapi tak letakkan sebarang buah apple Pun dalam resepi bun ni, cuma bentuk nya sahaja macam buah epal, harap maklum ya : )

Nuttella Filling Apple Bun
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
100gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk ( kalau tak letak susu tepung pun takpe)
2 sudu besar madu
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
220ml susu segar@bancuhan susu tepung@air suam
6gram yis
40gram gula
40gram marjerin
1sudu kecil baking powder

– sedikit sapuan roti nuttela krim

Bahan-bahanya eggwash untuk gliss pada permukaan bun nanti
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu

(beberapa batang toppo@pocky ( stick coklat ) sebagai tangkai buah apple )

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 12 ketul, bulat-bulatkan, leperkan sedikit kemudian masukkan sedikit krim nuttella, tutup kemas dan letakkan dalam papercup ataupun acuan muffin silicon, ulang langkah tadi sehingga doh habis, selepas itu toppo ( stick coklat sebagai tangkai epal) cucukkan di tengah2 bun sepeti menjadi sebiji buah epal, perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, akhir sekali bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di dalam bekas bertutup. Selamat Meroti buat semua.

Jika selepas dibakar tangkai bun menjadi senget boleh betulkan dan tegakkan ya, biar cantik bentuknya macam buah epal : )

Tips-tips berdasarkan pengalaman ros sendiri membuat roti, baca dan pratikkan ya, jika bahan dah cukup dan cara juga betul, tak mustahil anda akan dapat hasilkan roti yang lembut, halus dan gebu.

Nuttella Filling Apple Bun
Nuttella Filling Apple Bun
Nuttella Filling Apple Bun
Nuttella Filling Apple Bun
Nuttella Filling Apple Bun
Nuttella Filling Apple Bun
Nuttella Filling Apple Bun
Nuttella Filling Apple Bun
Nuttella Filling Apple Bun
Nuttella Filling Apple Bun
Advertisement