Muffins Vanila Damia
Muffins Vanila Damia

Muffins Vanila Damia

Assalammualaikum wbt dan selamat tengahari buat semua pelawat jm.com, semalam ros buat muffin vanila sebagai memenuhi permintaan anak ros damia, dia nak kek besday dia cuma cupcakes je, ros buat kan muffin ni, bila dah masak tu semua suke makan muffin yang baru keluar dari oven, tak sangka suami ros yang tak suke makan kek pun kata muffin ni sedap, ros main campur-campur bahan yang sedia ada dan tambahkan sikit tepung jagung, gunakan butter, aromanye memang wangi dan teksturnya pun gebu dan lembut, disebabkan ros ni tak pandai hias kek, ros cuma paipkan krim vanila atas muffin ni , jangan gelak tengok decoration tu ye, saya mmg takde seni menghias kek, oklah di bawah ni resepi muffin vanila tersebut, saya mmg rekemen lah resepi ni : )

Muffins Vanila Damia
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan
220gram tepung gandum
10gram tepung jagung
3 biji telur
100gram gula
1 penutup (2 sudu kecil) esen vanila
100ml fresh cream ( kat jepun ros guna nama cream)
50ml susu segar
2 sudu besar gula
85gram butter
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu besar madu
( kalau takde freshcream di rumah boleh juga gunakan susu segar sebagai pengganti, ataupun bancuhan susu tepung)
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan baking soda, ketepikan. ( kalau ayak dua kali, lagi bagus).
2. Dengan Menggunakan hand mixer, pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu, pukul lagi.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan fresh cream dan susu segar.
4. Masukkan pula madu dan esen vanila, kacau sebati.
5. Panaskan oven suhu 160 darjah, sudukan adunan ke dalam acuan muffin, paras adunan pastikan 3/4 acuan muffin, supaya muffin elok naik nye nanti.
6. Bakar selama 25 ke 30 minit ataupun sehingga permukaan muffin agak perang, cucuk muffin dengan lidi, bagi memastikan muffin benar-benar masak.
7. Sejukkan atas redai besi, dan sedia untuk dihiaskan dengan ape jua cream kegemaran anda. Selamat Mencuba.

– Muffin ni sangat sedap di makan apabila baru dimasak, rasa dan aromanye sangat harum, kalau tak letak cream atasnye pun takpe, makan macam tu je, sesuai dijadikan menu minum petang ataupun sebagai buah tangan.

Muffins Vanila Damia
Muffins Vanila Damia
Muffins Vanila Damia
Muffins Vanila Damia