Kobocha No Ni Mono
Kobocha No Ni Mono

Kobocha No Ni Mono

Yang ini pun resepi yang di alihkan dari rumah lama, kabocha no ni mono, kiranya macam labu masak kicap cair jepun lah, ros suke menu ni sebab nya senang nak masak dan sedap, antara menu yang selalu ros buat sebagai bekal untuk abang.

Bahan-bahanya

1/4 biji labu – dipotong dadu saiz besar- (kulit labu jangan semua dibuang.)

1 cawan dashi ( ros guna 2 sudu kecil serbuk dashi dan bancuh dengan 1 cawan air)

1 sudu besar soyu ( kicap cair jepun)

1 sudu besar gula

cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam nabe ( periuk) dan biarkan kuah agak kering.

2. Pastikan labu empuk baru ditutup api , angkat dah hidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: menu ni memang sesuai dijadikan menu untuk bentou ( bekal) sebabnya tak berkuah : )

Kobocha No Ni Mono
Kobocha No Ni Mono