Keema Daging
Keema Daging

Keema Daging

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua di pagi Jumaat yang mulia , hari ni turn resepi keema daging pula dikongsikan, resepi ni ros ambil dari sajiOnline, macam-macam resepi ade kat sane, pilih je mane berkenan, patutnya daging tu guna daging hancur, tapi ros guna daging boneless biasa je, dan ros potong dadu kecil, ros tak buat kering sangat, kira berkuah sikit, baru sedap di cicah dengan roti naan, oklah resepi ade kat bawah ni ye..: ) ros buat separuh bahagian dari bahan di bawah.

Keema Daging @ SajiOnlie
Bahan-bahan:

500 gm daging – dicincang ( klu nak tukar dgn isi ayam pun boleh ni)
150 gm bawang merah – digiling
5 biji bawang putih – digiling
1 cm halia – digiling
Sedikit kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar rempah kari ( ros guna rempah kari daging)
1 sudu besar lada sulah ( ros x letak)
3 biji kentang – dipotong dadu
4 biji tomato – dihiris panjang
3 tangkai cili hijau – dihiris panjang ( yg ni ros x letak)
3 tangkai cili merah – dihiris panjang
3 ulas bawang besar – didadu
200 gm sayur campur
1/2 cawan susu atau santan ( ros guna santan)
5 sudu besar minyak sapi ( ros guna minyak masak je)
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak sapi, tumis pelaga dan cengkih hingga wangi. Masukkan bahan giling serta rempah kari dan kacau hingga garing.

2. Masukkan bawang, kentang, tomato, cili dan daging biarkan hingga masak.

3. Masukkan pula sayur campur dan susu. Kacau rata, apabila hampir kering dan segala bahan elok masaknya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Nota: Keema daging ni juga sedap dimakan bersama roti canai ataupun roti jala, satu hidangan seimbang jugak ni, ade daging dan sayur-sayuran, kalau berkenan dengan resepi ni boleh dicuba ya, nak buat pun tak renyah…nampak je berderet bahan, bila dah mula masak senang je.

Keema Daging
Keema Daging
Keema Daging
Keema Daging
Advertisement