Kari Kepala Ikan Jintan Manis
Kari Kepala Ikan Jintan Manis

Kari Kepala Ikan Jintan Manis

Ros masak kari kapal ikan ni dengan yogurt dan campur sikti dengan jintanmanis, tambah sedap, pekat dah harum kari kepala ikan ni, makan dengan nasi panas memang sesuailah. Resepi ade kat bawah ni ye.
Bahan-bahanya
1/4 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu kecil jintan manis
1 1/2 cawan santan +1 1/2 sudu besar plain yogurt
6 batang sayur bendi
2 biji tomato ( satu biji masuk masa menumis, satu lagi masuk masa kari nak masak)
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit daun kari

Caranya.

1. Blender halus bawang besar, bawang putih, halia, dan jintan manis dengan sedikit air, kemudian panaskan sedikit minyak dan masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang, tumis sampai naik bau.

2. Kemudian curahkan bahan kisar, daun kari dan pes serbuk kari, tumis hingga betul-betul garing, selepas itu masukkan satu biji tomato ( tomato yang telah dibelah 6) biarkan tomato layu (hancur) sebati dalam bahan tumisan tadi baru masukkan santan serta yogurt. ( tak perlu masukkan air asam jawa sebab kita dah ade masam tomato dan yogurt tu)

3. Kacau selalu dan masukkan sedikit garam, selepas itu masukkan kacang bendi, setelah kacang bendi agak layu baru masukkan kepala ikan dan satu lagi tomato, biarkan kuah kari reneh seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota : kali ni ros tak letak cili kisar, tapi kalau sape-sape yang suke pedas tu boleh tambah 1 sudu atau 2 sudu cili kisar ye, ikut tahap kepedasan masing-masing.

Kari Kepala Ikan Jintan Manis
Kari Kepala Ikan Jintan Manis
Advertisement