Honey Margarine Rolls
Honey Margarine Rolls

Honey Margarine Rolls

Bahan-bahannya

250gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula
2 1/2 besar marjerin
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung
150 ml susu
3/4 biji telur

Bahan Sampingan
beberapa batang sosej di rebus dan dipotong 3
sedikit kismis hitam

Caranya.

1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 14 bahagian kecil dan biarkan selama 15 minit.

4. Sedia untuk menggulung, lihat gambar no.1 , kemudian gambar no.2, ambil satu doh dan lipat dua, kemudian runcingkan bahagian hujung seperti gambar no.3, selepas itu, terap memanjang doh tadi, pastikan tinggal sedikit bahagian pangkalnye, cara terap dan gambar doh boleh rujuk gambar no.4 dan no.5, akhir sekali gulung perlahan dari arah atas sampai hujung dan anda akan dapat rolls yang cantik gulungannye seperti gambar no.6 dan no.7. Ulang langkah tadi hingga doh habis.

5. Susun atas dulang pembakar dan biar naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, gliss permukaan roti dengan baki telur tadi, bakar pada suhu 180 darjah selama 18 minit, selepas dibakar sejukkan atas redai dan setelah sejuk simpan di dalam bekas kedap udara, sedia untuk dimakan sebagai sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba kawan-kawan.

Gambar Honey marjerin di bawah adalah variasi yang boleh kita lakukan, letak sosej dan kismis hitam, klu letak sosej, gulung sosej di bahagian pangkal doh yang diterap memanjang tadi dan gulung hingga hujung, dan jika letak raisin, campur raisin di dalam doh dan baru dibentuk bulat-bulat dan digulung seperti biasa.

Honey Margarine Rolls
Honey Margarine Rolls
Honey Margarine Rolls
Honey Margarine Rolls
Honey Margarine Rolls
Honey Margarine Rolls
Honey Margarine Rolls
Honey Margarine Rolls
Honey Margarine Rolls
Honey Margarine Rolls
Advertisement