Cucur Jagung Manis
Cucur Jagung Manis

Cucur Jagung Manis

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, jagung, jagung dan jagung, kat dapur tu ade sebesen besar jagung yang belum di masak, dalam 30 tongkol jagung rasanya, dah rebus dah hari-hari, bakar, buat cucur jagung, bun jagung, nanti nak buat bubur jagung pulak, nak perabis jagung yang ade, pagi tadi ros buat cucur jagung manis, bahan-bahanye pun main letak je, guna bahan yang ade, hasilnya cukup sedap, tak sedar dah makan banyak, hihihi, kalau nak cicah dengan sos cili pun boleh, kalau ros, ros suka makan macam tu je, resepi ringkas ni boleh rujuk kat bawah ni ye, selamat mencuba.

Cucur Jagung Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
2 tongkol jagung yang belum direbus
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula
sedikit minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Buang kulit jagung dan asingkan batang jagung dan isinya, masukkan di dalam bekas kemudian masukkan tepung gandum, baking powder, air, garam dan gula, kacau sebati.

2. Biarkan dalam 10 minit baru digoreng, jemput-jemput kan kecil dan goreng didalam minyak panas hingga keperangan, sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Nota: Kecairan doh ini same macam kita buat cekodok pisang tu, pastikan adunan boleh dijemput, nak sudukan dengan sudu makan pun boleh.

Cucur Jagung Manis
Cucur Jagung Manis
Cucur Jagung Manis
Cucur Jagung Manis