Burger Malaysia
Burger Malaysia

Burger Malaysia

Sesekali makan burger mesia ni sedap juga, lagi-lagi bila digandingkan dengan teh songket Boh perisa Laici Ros, memang sesuai lah, di bawah tu ade resepi burger malaysia yang selalu ros buat, ros gunakan susu kacang soya suam sebagai cecair dalam adunan ni, sambal ikan bilis tu pula ros buat pekat dan garing sikit, baru sedap dijadikan inti. Ros guna tepung gandum je, kalau nak ganti tepung roti pun boleh, yang pastinya adunan burger mesia ni lembut apabila siap digoreng. : )

Bahan-bahanya
250 gram tepung gandum
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1/2 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu soya boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

-sedikit sambal ikan bilis dan hirisan timun.

( susu soya tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti takut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan biarkan naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, akhir sekali, potong ditengah-tengah dan letakkan sambal ikan bilis dan hirisan timun, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba..

Nota: Doh yang same boleh juga dijadikan kuih donut jika suke, same je, cuma bezanya, setelah siap digoreng, donut perlu disalut dengan serbuk gula.

Burger Malaysia
Burger Malaysia
Burger Malaysia
Burger Malaysia
Advertisement