Bun Blueberry
Bahan-bahanya
180gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu marjerin
130 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread impover ( seronok sbb baru dapat stok dari mesia)
1 sudu kecil bread softner
2 sudu besar parmesan cheese ( boleh ganti dengan 1 sudu besar susu tepung)
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.
2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan di dalam acuan petak 18cm. biarkan doh naik sehingga dua kali ganda lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.
4. Gliss pemukaan roti dengan 1 sudu kecil susu+ beberapa titik madu, kemudian paipkan jem blueberry diatas bun, bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. Apabila baki pembakaran tinggal 10 minit, tutup permukaan roti dengan alumunium foil, bagi mengelakkan permukaan roti terlalu perang, tutup pintu oven dan biarkan proses pembakaran selesai, setelah masak sejukkan atas redai dan amat sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, selamat mencuba.
PERCUMA
Banner
Bun Blueberry
Masakan – Roti
Share
-nampak tak ade bintik-bintik perang atas bun ni, itu ialah serbuk parmesan cheese-

-setelah ditoppingkan dgn jem blueberry- – baru keluar oven ni-
Nota: Kalau nak tukar jem atas tu dengan jem stawberry ke, jem apricot ke, pun boleh juga, paip je macam biasa, jem tu masukkan dalam plastic bersih, dan lubangkan di hujungnye, basic roti ni dari resepi roti biasaje, cuma ros variasikan. : ) , lembut je sepanjang masa ditambah lagi dengan rasa lemak dari keju dan khasiat susu. Mula-mula ingat nak buat roti kentang golden yang ade kat rumah kak ika n kak hana tu, tapi malas pulak nak rebus n lenyek kentang, hihi, maka jadilah resepi jem blueberry bun ni, menu minum petang kami semalam dan juga sarapan hari ini.