Apam Milo Mekar
Apam Milo Mekar

Apam Milo Mekar

Ros buat apam milo ni petang semalam, lepas kukus pulut untuk buat pulut mangga tu, ros terus kukus apam milo ni, tak lah membazir air kukus yang masih panas tu, resepi seperti biasa guna bahan yang ade kat dapur je, hasilnya memang mekar setaman lah, semua 16 acuan tersenyum, hati berbunga riang, akhirnya berjaya juga buat apam tersengih, Alhamduillah. : )

Bahan-bahannya

150gram tepung gandum

6 sudu besar serbuk milo

120 ml susu segar

50 gram gula

2 sudu kecil baking powder

2 sudu besar minyak masak

1 biji telur

Cara-caranya

1. Ambil separuh bahagian susu segar ( 60ml) panaskan sebentar dan campurkan 6 sudu besar serbuk milo, kacau hingga milo larut.

2. Kemudian Ayak tepung gandum dan baking powder, selepas itu pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan baki susu segar, tepung yang telah di ayak dan bancuhan milo tadi. kacau menggunkan spatula atau senduk kayu.

3. Akhir sekali masukkan minyak masak dan tuangkan di dalam acuan, letak hampir penuh pun takpe, dan kukus lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api kuat. Sedap dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Nota: Walaupun tak guna ovalette apam milo ni lembut gebu je, anak-anak pun suke makan, dapat makan apam milo panas-panas memang sedaplah, di kala cuaca hujan dan sejuk.

Apam Milo Mekar
Apam Milo Mekar
Apam Milo Mekar
Apam Milo Mekar