
Kari Ikan Selukop
Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua pelawat setia BSM di JintanManis.Com, semalam ros masak kari ikan selukop ni, resepi biasa je, takde pun yang istimewa, cuma ros tambahkan perahan air asam jawa dalam kari ni, bagi menggantikan tomato serta yogurt yang selalu ros gunakan, ade rasa masam sikit, sedap je bila makan dengan nasi panas, resepi ringkas ni ade kat bawah ni ye. Selamat Mencuba.
Bahan-bahanya
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar serbuk kari ikan+1 sudu besar cili kisar (ditambah dengan sedikit air, jadikan pes)
sedikit air asam jawa
1 1/2 cawan santan+1 cawan air
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit daun kari
1/2 ekor ikan selukop yang dipotong beberapa bahagian ( ikan selukop ni macam ikan merah juga, cuma warna kulitnya agak terang dan isinya sama manis dengan ikan merah tu)
Cara-caranya
1. Hiris halus, bawang merah, bawang putih dan halia, kalau nak tumbuk guna lesung batu pun boleh, kemudian panaskan sedikit minyak dan masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan daun kari tumis sampai naik bau.
2. Selepas itu masukkan bahan yang dihiris halus tadi, dan kacau sebentar, setelah agak garing baru masukkan pes kari ikan, tumis hingga betul-betul garing dan masukkan santan serta air, biarkan agak mendidih baru masukkan ikan.
3. Kacau selalu dan masukkan sedikit garam, biarkan kuah kari reneh seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Nota: Kalau nak masukkan tomato, kacang bendi atau carrot pun boleh, kuah tu pula ikutlah selera masing-masing ya, nak byk kuah boleh lebihkan santan.


