Fry Pan Naan Bread
Fry Pan Naan Bread

Fry Pan Naan Bread

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, seperti yang telah dijanjikan hari ni ros akan berkongsi resepi roti naan yang ros buat dua hari lepas, ber-eksperimen menggunakan bahan asas membuat roti dan memasak hanya menggunakan fry pan, mane nak cari tandor yang kebiasaanye di gunakan untuk memasak roti naan ni, jadinya gunalah perkakas yang ade je, ros juga akan kongsikan beberapa tips berguna untuk menghasilkan roti naan yang lembut, resepi nye ade kat bawah ni, now everybody can make naan bread at home : )

Fry Pan Naan Bread
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
4 sudu besar plain yogurt
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
190ml air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 7 bahagian, dan bulat-bulatkan kemudian ambil sedikit marjerin atau minyak masak, dan lumur pada doh tadi, tutup bekas adunan, perap sekali lagi lebih kurang setengah jam.

5. Setelah di perap, ambil satu bahagian doh dan terap memanjang menggunakan penggelek roti, ketebalan agak-agak lah ye, lebih kurang 2cm, jangan tebal sangat, jangan nipis sangat. Ulang langkah tadi sehingga doh habis. ( masa ni pastikan papan canai dan penggelek di tabur dengan sedikit tepung bagi mengelakkan doh melekat).

6. Panaskan Fry pan, setelah fry pan betul-betul panas baru letakkan doh roti naan yang telah diterap tadi, renjiskan atau spray dengan sedikit air, dan tutup fry pan, setelah, nampak roti naan kembung sedikit di permukaaanya, terbalikkan roti naan dan tunggu sehinga kedua-dua belah roti naan tadi masak, masa yang di perlukan tak lama, lebih kurang 5-6 minit sahaja.

7. Setelah masak, sapukan roti naan tadi dengan butter atau marjein, sedap dimakan panas-panas bersama keeema daging, kuah kari atau ayam tandori, sedap juga dimakan begitu sahaja. Selamat Mencuba.

Tips-tips Membuat roti naan – by rosmarlina @ jintanmanis.com

1. Pastikan anda menggunakan tepung roti yang berkualiti.

2. Sukat bahan dengan betul, dan doh roti naan ini agak lembik sedikit, tapi masih boleh dicanai dengan baik, pastikan papan canai dan penggelek roti di tabur dengan sedikit tepung apabila ingin membentuk roti naan ni nanti.

3. Proses perapan digandakan bagi memastikan bahan-bahan dalam doh lebih mesra.

4. Gunakan api sederhana apabila memasak roti naan ini nanti.

5. Jangan gliss fry pan dengan minyak masak, cukup hanya merenjiskan atau spray air didalam fry pan dan pastikan fry pan ditutup kemas apabila memasak roti naan. apabila nampak fry pan kering boleh direnjis lagi dengan sedikit air.

6. Setelah roti naan perang di kedua-dua permukaanya terus angkat, jangan over cook, nanti roti naan akan menjadi keras dan tidak lembut.

7. Jangan terap doh roti naan terlalu tebal, nanti lambat masak ataupun bahagian dalamnye kurang masak.

8. Gliss terus permukaan roti naan sejurus diangkat dari fry pan, supaya permukaan nye cantik berkilat dan tidak terlalu kering.

9. Simpan roti Naan di dalam berkas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.

Nota: Kalau nak bakar roti naan ni bun boleh, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sebelum naan dibentuk, suhu pula lebih kurang 200c dan dibakar selama 15minit. Tapi bagi ros, masak guna fry pan lagi sedap dan lembut rasanya. : )

Fry Pan Naan Bread
Fry Pan Naan Bread
Fry Pan Naan Bread
Fry Pan Naan Bread
Fry Pan Naan Bread
Fry Pan Naan Bread
Fry Pan Naan Bread
Fry Pan Naan Bread
Fry Pan Naan Bread
Fry Pan Naan Bread
Advertisement