

Bun Koko Biskut Oreo
Assalammualaikum wbt dan selamat tengahari semua, tiba-tiba dapat idea nak masukkan biskut oreo dalam bun koko ni, sebab anak-anak ros memang suke biskut oreo, sedap juga rasanya, ala-ala rasa coklat cip, biskut tu pun bila dibakar sekali lagi dengan roti, tak hangus pun, maintain jer rasanya dalam bun tu, pada ibu-ibu yang punye masa dan ade stok biskut oreo di rumah, boleh cuba resepi ni ye…Selamat Meroti
Bun Koko Biskut Oreo
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
150gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk
4 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
160ml susu suam@air suam
6gram yis
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux ( cara buat water roux di sini)
1 sudu kecil baking powder
-5 keping biskut oreo yang di buang inti vanila nye dan ditumbuk kasar.
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali biskut oreo dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian masukkan biskut oreo yang ditumbuk kasar dan uli sebati, bahagi doh pada 12 bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan bakar pada suhu 170 atay180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Nota: kalau nak tambah kuantiti biskut oreo tu pun boleh, makin sedap jadinya, tapi perlu di ingat, campurkan dalam adunan setelah doh naik dua kali ganda, supaya biskut tidak terlalu hancur dalam doh roti koko ini.






