Sup Telur Bersayur
Sup Telur Bersayur

Sup Telur Bersayur
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

2 biji telur ayam
1 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar atau 3 ulas bawang merah
2 biji kentang ( dipotong beberapa bahagian)
sedikit suun ( rendam seketika)
1/4 batang carrot ( dipotong kecil)
1/4 batang celery ( dihiris nipis)
sedikit daun celery atau daun sup
garam
2 cawan air

Cara-caranya

1. Cincang atau hiris halus bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bahan tadi sehingga naik bau dan agak garing, selepas itu masukkan air, carrot dan batang celery.

2. Setelah mendidih baru masukkan kentang dan suun, masak sehingga kentang empuk, perlahankan api, dan pecahkan 2 biji telur, biarkan seketika sehingga telur masak, masa ni jangan kacau telur tu, biarkan je.

3. Sesuaikan rasa, masukkan garam dan setelah semuanya masak tutup api, akhir sekali taburkan hirisan daun celery atau daun sup sebagai hiasan. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak tambahkan sedikit lada sulah pun boleh, sedap dihidangkan panas-panas, anak-anak pasti menggemarinya.

Sup Telur Bersayur
Sup Telur Bersayur
Sup Telur Bersayur
Sup Telur Bersayur
Sup Telur Bersayur
Sup Telur Bersayur