Sotong Goreng Tepung
Sotong Goreng Tepung

Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahannya

2 ekor sotong saiz sederhana
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
2 sudu kecil serbuk kari ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
garam
lada sulah
1 sudu kecil baking powder

Cara-carannya

1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit, step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.

2.Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.

3.Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.

– kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )

Nota: Sotong tu boleh juga diganti dengan udang atau pun crabstick, makan panas-panas cicah pulak dengan sos cili atau sos cili manis Thai memang terangkatlah…: )

Sotong Goreng Tepung
Sotong Goreng Tepung
Sotong Goreng Tepung
Sotong Goreng Tepung