
Roti John
Sumber Resepi dari Sakura-emi- Tokushima, emi terima kasih ye atas resepi inti roti john ni, ros suke sangat, ni lah dinner kami hari khamis lepas : )
Bahan-bahan (6ketul)
6keping roti hotdog
3biji telur
80gm daging cincang/dgg burger-goreng seketika jika suka
1/4 labu bawang besar- dikisar/dipotong dadu
sedikit kubis dan lobak merah-diracik halus
1/2 sk serbuk kari
daun bawang-option ( tak letak)
garam
lada sulah
butter
( ros tambah sikit blackpaper sos, lagi sedaplah, berselera je kami makan, rasa memang dah macam roti john kt pasar malam tu, suke suke. )
Cara-cara
1.Pukul telur, masukkan daging cincang, bawang besar, kubis, lobak, serbuk kari dan sedikit garam. Pukul hingga sekata.
2. Sapu roti dengan sedikit butter.
3.Panaskan kuali. Curahkan 1senduk campuran telur tadi dan letak roti tadi.
4.Biar sehingga telur garing, kemudian angkat dan lipat.
5.Picitkan mayonis dan sos cili. Potong dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba.
Roti hotdog tu ros buat sendiri, guna resepi roti burger , tapi kan ros salah potong roti tu, patutnya potong dua melintang, ros potong kat tengah-tengah, mcm nak letak sosej, sekali silap daa…..
Nota: Daging cincang tu ros gantikan dengan nugget ayam taufu , nugget tu ros goreng dulu, dan hancurkan, lepas tu masuk dalam adunan telur, lobak pun ros tak letak, sebab lupa hihihi. : )


