Puding Longan Sos Kastard
Puding Longan Sos Kastard

Puding Longan Sos Kastard

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
4gram serbuk agar-agar
beberapa biji buah longan segar
300ml susu segar- boleh ganti dengan susu sejat
200ml air4 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)

Untuk Sos kastard
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)
1/2 cawan susu segar@susu sejat
1/2 cawan air
2 sudu besar gula

Cara-caranya

1. Potong buah longan kecil-kecil dan ketepikan, kemudian serbuk agar-agar di bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu masukkan di dalam periuk bersama susu segar dan air, kacau sebati dan biarkan agak mendidih.

2. Masukkan pula buah longan, gula, bancuhan tepung kastard dan kacau selalu sehingga agak pekat. Akhir sekali curahkan puding di dalam acuan dan sejukkan sebentar pada suhu bilik baru di masukkan di dalam peti ais. ros gunakan acuan silicon bentuk bintang.

3. Buat Kuah Kastard, masukkan semua bahan sos kastard di dalam periuk dan kacau sebati, kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat, jika terlalu pekat boleh juga tambahkan sedikit air, ambil puding longan tadi dan letakkan di dalam piring, curahkan sos kastard di atasnya dan taburkan juga hirisan buah longan serta hirisan anggur hitam sebagai hiasan, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Nota: kalau takde buah longan, boleh juga ganti dengan buah cocktail dalam tin tu, ataupun hirisan buah nenas. Sedap dimakan ketika cuaca panas atau dijadikan pencuci mulut.

Puding Longan Sos Kastard
Puding Longan Sos Kastard
Advertisement