Paprik Daging
Paprik Daging

Paprik Daging

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, hari ni ros nak kongsikan resepi paprik daging, satu menu yang lengkap dengan semua jenis vitamin, curah je atas nasi makin sedap jadinya, makan panas-panas, cukup je dengan satu lauk ni, nak tukar dengan isi ayam pun boleh, dan sayur-sayuranye yang pasti kena ade bunga kobis, kacang panjang dan carrot yang lain tu boleh di tokok tambah mengikut sayuran kegemaran anda semua.

Paprik Daging
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

400gram daging batang pinang@ daging boneless
1/3 biji carrot ( potong anak mancis)
se-ikat kecil kacang panjang/buncis ( dipatahkan beberapa bahagian)
1/4 bij bawang besar ( dihiris kasar)
1/4 biji bunga kobis saiz sederhana ( potong kecil)
2 helai daun limau purut ( dicarik kasar)
4 batang putik jagung
1 ulas bawang putih ( diketuk dan dihiris halus)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil kicap manis ( tak nak letak pun takpe)
garam
suku cawan air

Cara-caranya

1. Potong nipis daging dan rebus hingga empuk, ketepikan, kemudian panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bawang putih dan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan, sos cili, sos tiram, suku cawan air dan daun limau purut.

2. Selepas itu masukkan carrot dan biarkan sebentar, setelah carrot agak layu baru masukkan kacang panjang, bunga kobis, putik jagung dan daging, kacau sebati.

3. Akhir sekali masukan bawang besar, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, setelah sayur agak layu, angkat dan hidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Nota: Kalau nak masukkan hirisan halia pun boleh, potong nipis-nipis halia tu dan kacau sebati, dan kalau nak berkuah sedikit boleh tambahkan kuantiti air tu, masak sayur tu biar sekejap je, supaya vitamin dapat dikekalkan.

Paprik Daging
Paprik Daging