Homemade Nasi Impit
Homemade Nasi Impit

Homemade Nasi Impit

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, maaf ya ros hari ni baru nak kongsi cara ros buat nasi impit, sibuk sangat lah dua tiga menjak ni, nak update blog ade je kejenye, oklah di bawah ni ade resepi dan cara-cara ros buat nasi impit, dan alhamdulillah tak pernah mengecewakan, nasi impit nye padat dan wangi dengan aroma daun pandan, sesape yang takde stok ketupat segera tu buleh cuba resepi ni ye, tanpa bahan pegawet suci dan bersih.

Nasi Impit
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-Bahannya
2 cawan beras biasa
5 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

– selalunya ros buat 1 cawan beras sukatan airnya 2 1/2 cawan air.( Nisbah 1: 2 1/2 )

pemberat bagi mengimpit nasi
contohnya 2 litre air mineral atau bekas yang berisi air

Cara-caranya

1. Beras di cuci bersih, masukkan beras, air dan simpulan daun pandan di dalam periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.

2. Setelah nasi masak, bahagi nasi pada dua bahagian dan, padatkan satu bahagian ke dalam bekas, kemudian padatkan baki nasi tadi di atas nya, maknanya kita lenyek atau tekan nasi tadi dua kali lah, jangan masukkan semua nasi sekali gus, nanti nasi tak sekata padatnya.

3. Padatkan nasi menggunakan senduk nasi yang leper tu, basahkan sedikit dengan air supaya tak melekat. Setelah selesai, alas permukaan nasi tadi dengan plastik bersih atau wrappers dan impitkan nye dengan sesuatu yang berat, contohnya air mineral 2litre tu ataupun ape jua bende yang beratlah, biarkan nasi beberapa jam, kemudian bolehlan di potong dan dihidangkan dengan kuah kacang, rendang atau kuah lodeh. Selamat Mencuba.

– Kalau kt rumah tu ade daun pisang boleh dijadikan alas pada dasar bekas atau lapik atasnya, nanti lagi wangi nasi impit tu.

Homemade Nasi Impit
Homemade Nasi Impit
Homemade Nasi Impit
Homemade Nasi Impit
Homemade Nasi Impit
Homemade Nasi Impit