Cinnamon-Banana Toasts
Cinnamon-Banana Toasts

Cinnamon-Banana Toasts

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, ni menu minum petang ros tadi, ringkas dan senang untuk disediakan, guna bahan yang ade je kat dapur tu, rasa pun boleh tahan, ros bakar roti dan toppingkan dengan pisang, serbuk kayu manis, gula dan cheese, bila dah siap bakar tu, harum semerbak roti ni, ditambah pula dengan secawan chai latte, memang sesuailah, boleh juga dijadikan menu sarapan, selamat mencuba ya kawan-kawan : )

Cinnamon Banana Toast
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

2 keping roti putih
1 biji pisang saiz sederhana ( dipotong nipis)
2 sudu kecil serbuk cinnamon
sedikit mix cheese- boleh ganti dengan slice cheese yang di potong kecil.
sedikit gula
sedikit butter

Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 190 ke 200 darjah, kemudian sapu permukaan roti dengan butter, selepas itu susun pisang dan akhir sekali tabur sedikit gula, serbuk cinnamon dan mix cheese.

2. Bakar roti selama 8 hingga 10 minit atau sehingga permukaan roti menjadi perang, sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau oven ade fungsi untuk toast roti tu, boleh tekan butang tu je, dan bakar seperti biasa, nak tambah taburan kacang goreng pun boleh.

Cinnamon-Banana Toasts
Cinnamon-Banana Toasts
chai
chai
Advertisement