Bun Sri Kaya Pandan
Bun Sri Kaya Pandan

Bun Sri Kaya Pandan

Bahan-bahanya

250 gram tepung roti
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1 biji telur ( 3/4 biji letak dalam doh, bakinya yang sikit tu untuk glis pada roti nanti)
120ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar susu tepung/skim milk
sedikit pewarna hijau
Bahan Inti
Sedikit sri kaya pandan

Bahan topping
sedikit kelapa kering

Caranya.
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan topping, dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan isi bun dengan satu sudu kecil kaya pandan, susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian glis roti dengan baki telur dan tabur dengan kelapa kering. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit, atau sehingga permukaan bun perang.

4. Setelah masak sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

Nota: Bun Sri Kaya Pandan ni lembut je sepanjang masa, kalau nak letak bread softner ataupun bread impover pun boleh, lagi lembut jadinya, ros kalau dah letak telur dalam adunan, selalunya tak letak dua bahan ni, sebabnya telur juga sebagai agen pelembut.

Bun Sri Kaya Pandan
Bun Sri Kaya Pandan
Bun Sri Kaya Pandan
Bun Sri Kaya Pandan
Advertisement