Mini Udon
Mini Udon

Mini Udon

Bahan-bahannya

Sup Udon

3 1/2 cawan air

3 inci kombu ( ros guna sehelai kombu yang kering dan siap potong tu)- lap dulu permukaanye dengan kitchen towel.

1/4 ( suku) cawan soyu

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil dashi ( serbuk stok ikan)- kalau takde leh guna dry bonito flakes

2 ikat udon kering

Untuk topping

(tempura udang, chikua, nori ( seaweed) yang dihiris halus dan hirisan negi ( daun bawang).

Caranya

1. Rebus kombu bersama air, hingga menggelegak dan sehingga kombu kembang, keluarkan kombu, kemudian masukkan dashi.

2. Kacau sebati, akhir sekali masukkan soyu, gula, biarkan mendidih dan tutup api.

3. Rebus udon kering mengikut arahan pada paket, goreng tempura udang dan chikua, hiris negi nipis-nipis.

4. Cara penyedian, masukkan udon di dalam bekas dan curahkan dua senduk sup udon, susun udang dan chikua tempura, akhir sekali tabur negi dan nori ( seaweed) yang telah dihiris halus, sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.

Nota: kalau nak tukar pada soba ( buckwheat noodles) pun boleh juga, ikut lah selera masing-masing ye, ni antara menu wajib anak-anak Ros ni, diaorng suke sgt makan, lagipun nak buat pun kejap je. Tulah menu anak-anak Ros hari ni, menu untuk ummi nya, nasi goreng je hihi : )

Mini Udon
Mini Udon
Mini Udon
Mini Udon