Cili Jeruk Sedap
Cili Jeruk Sedap

Cili Jeruk Sedap

Assalammualaikum wbt dan selamat tengahari semua, ros kalau makan mi goreng ke bihun goreng ke mesti nak ade cili jeruk, nak buat pun tak payah kan, kena dgn teknik dan tipsnye cili jeruk akan jadi sedap dan rangup bila dimakan, ros tambahkan juga berberapa hiris cili padi supaya rasa cili jeruk ni agak pedas, simpan semalaman dalam peti ais ke-esokkanye boleh dimakan terus. Resepi boleh rujuk di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Cili Jeruk Sedap
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

200ml cuka makan
150ml air
3 sudu besar gula
3 biji cili padi merah
8 biji cili hijau
1 botol balang kaca ( untuk memerap cili)

Cara-caranya

1. Cili hijau dan cili padi merah di hiris nipis, buangkan bijinya, basuh dan toskan air yang berlebihan.

2. Di dalam periuk satukan cuka makan, air dan gula, masak sehingga mendidih, tutup api dan sejukkan.

3. Setelah air campuran cuka sejuk atau suam baru boleh masukkan cili hijau dan cili padi yang dihiris tadi.

4. Masukkan di dalam botol kaca, dan tutup kemas, ( dalam masa satu jam cili akan bertukar warna), simpan di dalam peti ais semalaman, ke-esokkanya baru boleh dimakan. Sedap dimakan bersama mi goreng atau bihun goreng, Selamat Mencuba.

tips dari ros@jintanmanis.com

– pastikan air bancuhan cuka tadi, tidak panas apabila ingin mencampurkan cili yang dihiris, supaya rasa rangup dan cili akan makin sedap apabila dinikmati nanti.

Nota: Jika ingin tambahkan kuantiti cili padi tu pun boleh, ikutlah tahap kepedasan masing-masing ya : )

Cili Jeruk Sedap
Cili Jeruk Sedap
Cili Jeruk Sedap
Cili Jeruk Sedap
Cili Jeruk Sedap
Cili Jeruk Sedap