Buri Teriyaki
Buri Teriyaki

Buri Teriyaki

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, kembali bersiaran setelah dua hari BSM tak berupdated, heheehehe, sibuk sikit jalan-jalan dan melayan anak-anak, berbalik pada tajuk masakan di atas, buri teriyaki, ni adalah cara masak ikan ala jepun, kira macam ikan berkicaplah, ikan buri ni dalam bahasa omputih nye yellowtail fish, nak masak pun senang, sedap sangat bila makan dengan nasi panas, siap pulak dengan miso shiru dan salad, satu hidangan lengkaplah. Nak tukar ikan buri tu pada daging ayam boneless bahagian peha pun boleh, sodap gak, resepi ade kt bawah ni ye

Buri Teriyaki
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
3 keping fillets ikan buri
1 sudu besar madu
1 sudu besar soyu@kicap cair jepun
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
2 inci halia
1 ulas bawang putih
sedikit lada sulah
sedikit garam

cara-caranya

1. Fillet ikan buri di potong dua dan gaul bersama garam dan lada sulah, panaskan fry pan dengan satu sudu besar minyak masak dan saute ikan buri hingga ke dua-dua permukaan fillet ikan buri menjadi perang, angkat dan ketepikan.

2. Buat sos teriyaki, di dalam bekas kecil, satukan madu, soyu@ kicap cair dan kicap manis, ketepikan, Selepas itu, sagat halus bawang putih dan halia , nak tumbuk halus pun boleh, masukkan bahan yang disagat tadi di dalam fry pan yang same dan tumis hingga naik bau, kemudian masukkan sos teriyaki dan masukkan juga 1/2 cawan air.

3. Kacau selalu dan biarkan kuah agak pekat, akhir sekali masukkan ikan buri yang telah disaute tadi dan kacau sebati, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak toppingkan ikan buri teriyaki tadi dengan jaluran mayonis pun boleh, lagi sedap rasannya, sos teriyaki ni sebenarnya kena letak mirin, tapi mirin kan arak jepun, tak boleh makan, so ros tukarkan je dengan madu. : )

Buri Teriyaki
Buri Teriyaki
Buri Teriyaki
Buri Teriyaki
Buri Teriyaki
Buri Teriyaki
Buri Teriyaki
Buri Teriyaki
Buri Teriyaki
Buri Teriyaki

 

 

Advertisement