Spagetti Gratin
Spagetti Gratin

Spagetti Gratin

Bahan- bahan Spagetti Gratin

1 ikat spagetti
1/2 bahagian dada ayam
1 biji kentang (hiris halus)
1 ulas bawang putih
1/4 batang saleri ( hiris halus)
sedikit mix cheese untuk ditabur atas gratin nanti
( jika tiada mix cheese, boleh ganti dgn slice cheese, hiris kecil dan memanjang)

untuk sos putih
3 sudu besar tepung gandum
1sudu besar marjein or butter
1 cawan susu segar
sedikit lada sulah
sedikit garam

1. Mula-mula rebus spagetti ikut lah arahan pada paket tu, 7 minit ke 6 minit ke, lepas tu angkat dan toskan.

2. Mayang halus atau potong dadu kentang, cincang bawang putih, panaskan olive oil dan tumis bawang putih dan isi ayam, kemudian masukkan kentang dan batang celery, biarkan agak layu baru masukkan spagetti, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam. angkat dan masukkan dalam acuan gratin atau remekin. ( pastikan acuan remekin atau ceramic di gliss dahulu dengan marjerin)

3. Buat Sos putih, masukkan semua bahan sos kecuali butter dan kacau hingga sebati. Masak dengan api sederhana, setelah agak pekat baru masukkan butter, jika sos terlalu pekat boleh tambah sedikit air, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit lada sulah.

4. Curah Sos putih di dalam acuan remekin tadi dan tabur dengan mix cheese, bakar selama 25 minit atau sehingga permukaan gratin perang. Ok dah siap, Selamat Mencuba

Spagetti Gratin
Spagetti Gratin
Spagetti Gratin
Spagetti Gratin